Tentang Kami

Tentang kami 

Saya adalah Syed Abdullah yang merupakan pengasas kepada Al Haddad Agro Farm Enterprise, saya telahpun berkecimpung selama 3 tahun didalam dunia perniagaan. Bisnes pertama saya adalah didalam perkhidmatan Homestay. Al Hawi Homestay telahpun berjaya memberi perkhidmatan yang amat baik kepada penyewa, dimana sehingga hari ini kami telah berjaya memiliki 3 Homestay di seksyen 7 Shah Alam Selangor. Mungkin jika pembaca ingin berkunjung ke Shah Alam boleh mencuba perkhidmatan dari Homestay kami. Alhamdulillah Al Hawi Homestay kini diurus sepenuhnya oleh isteri saya, Sharifah Alawiah.

Alhamdulillah hari ini saya telah berjaya menambah satu lagi cabang perniagaan didalam bidang penternakan. Ladang penternakan kami diurus sepenuhnya dibawah syarikat Al Haddad Agro Farm Enterprise. Dengan kerjasama adik saya Syed Mustafa, kami telahpun berjaya memiliki kandang ternakan kambing dan lembu kami di Ayer Molek Melaka. 

Kepakaran kami adalah didalam membantu orang ramai yang mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan daging-daging segar dan murah seperti lembu, biri-biri dan kambing untuk majlis-majlis seperti perkahwinanan, kesyukuran, aqiqah dan lain-lain. Menerusi perkhidmatan penyembelihan binatang ternakan dikandang kami, bekalan daging-daging segar akan terus dapat dihantar kepada pelangan-pelanggan. Bagi menambah nilai didalam perkhidmatan kami, kami juga menyediakan perkhidmatan penyembelihan, melapah, memotong dan juga mencincang. Selain itu, kami juga pakar didalam menyediakan kambing golek dan daging sejukbeku.

Kami juga membekalkan baka kambing anak kambing untuk diternak dan dipelihara.

Untuk khidmat nasihat mengenai penternakan, pembakaan, penjagaan, pengurusan kandang, pemasaran hasil ternakan dan lain-lain bolehlah menghubungi kami.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Templete Lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger