Showing posts with label Pamplet. Show all posts
Showing posts with label Pamplet. Show all posts

Pamplet Penting Dalam Memasarkan Hasil Ternakan


Merujuk kepada tajuk diatas, ini adalah contoh pamplet yang kami gunakan untuk memasarkan hasil ternakan kami. Pastikan maklumat-maklumat penting dinyatakan didalam pamplet ini bagi memudahkan bakal-bakal pelanggan kita berurusan dan mendapatkan perkhidmatan kita.

 Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan kami bolehlah hubungi no yang tertera
-Admin

Kami ingin berkongsi dari sudut seorang penternak, salah satu cara mudah untuk memasarkan hasil ternakan kita adalah melalui pamplet.

10 perkara penting yang perlu ada didalam pamplet adalah;
  1. Nama syarikat / Headline menarik
  2. Penerangan ringkas tentang perkhidmatan
  3. Gambar menarik
  4. No tel / Email untuk dihubungi
  5. Lokasi perkhidmatan
  6. Gambar menarik
  7. Testimoni jika ada
  8. Jika ada jaminan (beri keyakinan kepada bakal pelanggan)
  9. Media (sertakan laman Facebook Page anda, pastikan anda mempunyai Facebook Page)
  10. Tawaran menarik jika ada (khas jika ada promosi)

Dimana lokasi sesuai untuk mengedar pamplet?
Ya, pamplet dah pun ada tapi lokasi yang terbaik untuk letakkan pamplet dimana pula.

Perkara paling penting sekali didalam dunia pemasaran adalah wilayah anda. Dimana lokasi utama perkhidmatan anda? Jika kami di Air Molek Melaka, sebab kandang ternakan kami di Ayer Molek Melaka.

5 perkara utama yang perlu diketahui sebelum mengedarkan pamplet
  1. Kawasan / wilayah / daerah (cth; Air Molek Melaka)
  2. Tempat untuk diedar (masjid, surau, pasar pagi dll)
  3. Siapa yang nak edar? (boleh masukkn didalam paper, upah orang edar)
  4. Bila masa sesuai untuk edar? (sebelum hujung bulan, sebelum cuti, dekat2 nak raya dll)
  5. Keberkesanan, pastikan anda tahu cara untuk mengesan keberkesanan / respon pelanggan dari pamplet2 anda sebab mungkin selepas ini anda membuat pemasaran melalui banner / bunting / online / website dll
Jika anda berminat untuk memiliki blog seumpama ini serta khidmat pemasaran ternakan anda boleh hubungi kami
-Klik Sini-
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Templete Lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger