Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

Kenali Kambing Aqiqah Anda

Kenali Kambing Aqiqah Anda




Assalamualaikum


Ada pepatah mengatakan bahawa "Tak kenal maka tak cinta". Sambil-sambil kami berurusniaga dengan para pelanggan kami, kami turut melakukan kajian tentang kefahaman terhadap kambing. Rata-rata rakyat Malaysia masih belum mengetahui atau tersalah tafsir tentang kambing dan spesisnya. Disini kami bukan sekadar menyediakan kambing dan lembu untuk aqiqah sahaja, tetapi kami sangat gembira untuk berkongsi sedikit ilmu yang Allah kurniakan kepada umum. Mudah-mudahan, yang sedikit itulah menjadi asbab keredhaan Allah daripada banyak ilmu tetapi tidak ada amal dan dakwah.

Nama saintifik bagi kambing adalah Capra aegagrus hircus. Kambing adalah daripada kelas mamalia dan berdarah panas. Di negara kita Malaysia, kambing hidup di seluruh kawasan di Malaysia dan kebanyakannya diternak. Selain daripada Malaysia, negara-negara seperti Australia, Indonesia, Filipina dan beberapa buah negara di dunia lagi adalah antara pengeksport kambing yang utama dan mempunyai populasi kambing dan biri-biri yang besar. Kebanyakannya diternak secara komersil untuk pasaran global. Namun, ada juga spesis kambing liar yang hidup di kawasan gurun dan berbukit. Maha Suci Allah yang tersangat hebat penciptaanNYA, kambing-kambing di kawasan-kawasan gurun dan bukit telah belajar cara hidup 'survival' untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lihat gambar di bawah:
kambing panjat pokok

kambing panjat tembok
Kambing merupakan haiwan pemakan dedaun. Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari. Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya sendiri. 
Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza. 
bersambung......
Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

Kenali Kambing Aqiqah Anda

Kenali Kambing Aqiqah Anda: Bahagian 2

Biri-biri

Kambing

Assalamualaikum

Topik pada kali ini ada KAMBING vs BIRI-BIRI. Mari kita kaji lebih mendalam tentang kedua-dua species ini dan lebih mengenali haiwan aqiqah anda.

Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan ‘kambing biri-biri’ itu ialah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Bagaimanapun, rupa dua jenis ternakan ini hampir sama.
Apa yang membezakan keduanya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk dagingnya serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.
 
Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon manakala daging biri-biri diberi nama mutton. Namun begitu, istilah lamb juga digunakan jika biri-biri disembelih pada umur muda.
Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Paling biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri. Harga daging biri-biri adalah jauh lebih rendah daripada daging kambing.
Pengusaha makanan sajian (katerer), hotel serta restoran lebih cenderung menggunakan daging biri-biri dalam masakan kerana harganya yang jauh lebih murah daripada daging kambing.

Tahukah anda bahawa, tekstur daging biri-biri lebih enak jika dibakar atau digulai. Komposisi daging yang padat menyebabkan ramai orang memilih biri-biri untuk dijadikan aqiqah berbanding kambing yang mempunyai daging yang kurang padat. 

Bagi tujuan aqiqah, eloklah dipilih biri-biri yang muda di antara umur 1 1/2 tahun hingga 2 tahun bagi mendapatkan keenakan tekstur daging yang kurang lemak dan lembut.

Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

Laksanakan Akikah Dan Sumbangan Amal

Laksanakan Akikah dan Sumbangan Amal

Assalamualaikum

Tuan-tuan/Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian

Tahukah anda, saban hari semakin ramai anak-anak yang kehilangan tempat bergantung, hidup terbiar, makan dan minum tidak terjaga, sakit dan jerih tidak terbela. Semakin ramai si miskin yang jadi kufur kerana kesempitan hidup, berlapar, sukar untuk beribadah.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua muslim untuk membela nasib mereka, bantu mereka supaya dapat hilangkan sedikit sebanyak kesukaran hidup demi untuk beribadat kepada Allah. Janganlah kita terlalu leka sehingga kufur kerana terlalu kaya dan janganlah kita jadi kufur kerana terlalu miskin.

Doa-doa anak-anak ini adalah salah satu doa yang boleh menggegarkan semesta dan menjadi penyelamat kepada kita samada kita masih hidup di dunia ini dan di akhirat kelak. Sayangilah mereka dan bantulah semampu mungkin walaupun dengan secupak beras, nescaya Allah akan membalas berlipat kali ganda segala amal baik kita.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda melalui ibadah akikah bersama kami. Kami akan salurkan daging akikah tersebut kepada anak-anak ini. Gembirakanlah mereka dengan sumbangan anda dan jadilah asbab kepada kemudahan ibadah mereka. Saham di akhirat menanti anda.

Panduan Lengkap Melaksanakan Aqiqah


PENGERTIAN ‘AQIQAH
  • ‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
  • Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
  • Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. 
  • Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama"
(Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH
  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
  1. Berdoa semasa hendak menyembelih: 
     بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
    Maksudnya:
    "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…"
  2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  3. Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  5. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
  6. Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
  1. Mengazankan ditelinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
  2. Membaca iqamah ditelinga sebelah kirinya. 
  3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 
  4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang.
  5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya. 
  6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
  7. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya.
  8. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
  9. Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
HIKMAH ‘AQIQAH
  1. ‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
  2. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  3. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
  5. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
  6. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 PERBEZAAN ANTARA ‘AQIQAH DAN QURBAN

Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
  1. ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
  2. Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. 
  3. ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
  4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan
 Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan kami bolehlah hubungi Admin
-Admin
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Templete Lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger