Showing posts with label Sedekah. Show all posts
Showing posts with label Sedekah. Show all posts

Beramal Dan Bersedekah


“Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.”
-(HR. Tarmidzi dari Ibnu Abbas)-

Anak Yatim ialah kanak-kanak yang kematian salah seorang, sama ada ibu atau bapa. Anak-anak yang kematian kedua ibu bapa biasanya dikenali sebagai yatim piatu. Melalui hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa Allah SWT menyeru umat Islam menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Layanan yang baik serta pembelaan seharusnya diberikan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa. Mereka harus dijaga dengan sebaik-baiknya dan sesiapa yang melakukan hal itu Allah SWT akan menjanjikan balasan yang cukup besar. Namun jika sebaliknya, sudah pastilah azab Allah SWT akan diterima sebagai balasan.

Kami menyeru kepada diri kami dan tuan-tuan untuk meringankan beban anak-anak ini melalui sumbangan yang seberapa mampu. Mudah-mudahan hidup kita akan bertambah berkat, selamat di dunia dan di akhirat.

Laksanakan Akikah Dan Sumbangan Amal

Laksanakan Akikah dan Sumbangan Amal

Assalamualaikum

Tuan-tuan/Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian

Tahukah anda, saban hari semakin ramai anak-anak yang kehilangan tempat bergantung, hidup terbiar, makan dan minum tidak terjaga, sakit dan jerih tidak terbela. Semakin ramai si miskin yang jadi kufur kerana kesempitan hidup, berlapar, sukar untuk beribadah.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua muslim untuk membela nasib mereka, bantu mereka supaya dapat hilangkan sedikit sebanyak kesukaran hidup demi untuk beribadat kepada Allah. Janganlah kita terlalu leka sehingga kufur kerana terlalu kaya dan janganlah kita jadi kufur kerana terlalu miskin.

Doa-doa anak-anak ini adalah salah satu doa yang boleh menggegarkan semesta dan menjadi penyelamat kepada kita samada kita masih hidup di dunia ini dan di akhirat kelak. Sayangilah mereka dan bantulah semampu mungkin walaupun dengan secupak beras, nescaya Allah akan membalas berlipat kali ganda segala amal baik kita.

Kami sangat mengalu-alukan sumbangan anda melalui ibadah akikah bersama kami. Kami akan salurkan daging akikah tersebut kepada anak-anak ini. Gembirakanlah mereka dengan sumbangan anda dan jadilah asbab kepada kemudahan ibadah mereka. Saham di akhirat menanti anda.
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Templete Lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger