“Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.”
-(HR. Tarmidzi dari Ibnu Abbas)-
Anak Yatim ialah kanak-kanak yang kematian salah seorang, sama ada ibu
atau bapa. Anak-anak yang kematian kedua ibu bapa biasanya dikenali
sebagai yatim piatu. Melalui hadis di atas dapatlah kita simpulkan
bahawa Allah SWT menyeru umat Islam menjaga kebajikan anak-anak yatim.
Layanan yang baik serta pembelaan seharusnya diberikan
kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa. Mereka harus dijaga
dengan sebaik-baiknya dan sesiapa yang melakukan hal itu Allah SWT akan
menjanjikan balasan yang cukup besar. Namun jika sebaliknya, sudah
pastilah azab Allah SWT akan diterima sebagai balasan.
Kami menyeru
kepada diri kami dan tuan-tuan untuk meringankan beban anak-anak ini
melalui sumbangan yang seberapa mampu. Mudah-mudahan hidup kita akan
bertambah berkat, selamat di dunia dan di akhirat.
0 comments:
Post a Comment