Showing posts with label Hukum/persoalan. Show all posts
Showing posts with label Hukum/persoalan. Show all posts

Daging Aqiqah Hanya Untuk Orang Islam



Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

Beri Daging Qurban Kepada Orang Bukan Islam



Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

Soal jawab berkaitan Korban dan Aqiqah

Soal jawab berkaitan Korban dan Aqiqah

1. Apakah bezanya Korban dan Aqiqah?
Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta sahabat handai. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tiada seorang dari kamu harus melakukan korban sehinggalah kamu telah melakukan solat (Eid)”.

Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi nama.” Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.


2. Adakah aqiqah cuma boleh dilakukan untuk bayi yang baru lahir sahaja?
Aqiqah boleh dilakukan untuk anak selagi mana anak itu belum baligh. Jika anak itu sudah baligh, maka adalah lebih baik dilakukan ibadat korban.
Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi korban hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zulhijjah.


3. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk aqiqah, cukur rambut dan khatan untuk bayi yang baru lahir?
Adalah sunat untuk dilakukan aqiqah dan cukur rambut pada hari ketujuh selepas kelahiran anak itu. Maka, adalah baik didahulukan cukur rambut pada hari ketujuh. Kemudian apabila ada kesempatan, seperti pada Hari Raya Haji, lakukan aqiqah anak itu. Tempoh aqiqah adalah sehingga anak itu baligh. Khatan pula baik dilakukan ketika anak masih kecil agar ia tidak ingat kesakitan yang dilaluinya. Namun, tidak mengapa ia ditangguhkan sehingga anak itu besar.

4. Bolehkah aqiqah ditangguhkan jika ibu bapa tidak mampu?
Aqiqah hanya digalakkan setelah seorang anak itu lahir, sebaiknya 7 hari selepas kelahirannya. Jika pada waktu itu kedua ibu dan bapa anak itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah, bolehlah ditangguhkan sehingga mereka mampu. Aqiqah boleh dilakukan sehingga anak itu belum mencapai usia baligh.

5. Berapa ekor kambing yang harus diaqiqahkan untuk anak lelaki?
Adalah sunat bagi melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing jika mampu. Namun, jika tidak, seekor pun memadai. Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Dua ekor kambing yang menyerupai (dalam usianya) disembelih untuk seorang lelaki dan seekor untuk seorang perempuan.”

6. Bolehkah seorang selain dari ibu bapa melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak?
Dibolehkan melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak oleh seorang selain dari ibu bapanya lebib-lebih lagi orang yang menjaga bayi atau kanak-kanak itu. Ia sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas lahirnya bayi tersebut.

7. Bolehkah seseorang itu melaksanakan aqiqah untuk anak angkatnya?
Aqiqah boleh dilaksanakan untuk anak kandung dan juga anak angkat. Ia sebaik-baiknya adalah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi.

8. Bolehkah digantikan aqiqah beberapa ekor kambing dengan seekor lembu?
Seekor lembu boleh disembelih atas 7 nama, tidak kira samada ia merupakan 7 individu, atau beberapa individu. Disunatkan bagi binatang yang diaqiqahkan agar tidak dipecahkan tulang-tulangnya. Dagingnya pula dibahagikan seperti berikut: sepertiga untuk fakir miskin, sepertiga untuk keluarga dan sahabat handai, dan sepertiga lagi untuk anda sekeluarga.

9. Adakah boleh melakukan aqiqah untuk anak di luar negara, kerana di Malaysia ia kebanyakannya dilakukan di hari raya Aidiladha saja?
Aqiqah boleh dilakukan di mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar negara, tidak kira samada disaksikan oleh orang yang lakukan aqiqah tersebut atau tidak. Selagi mana sewaktu membeli kambing tersebut ia telah jatuhkan niat sebagai aqiqah dan tukang sembelih berniatkan aqiqah ketika sembelih, maka aqiqah tersebut adalah sah.

10. Bolehkah seseorang itu mengerjakan ibadah korban/ aqiqah untuk yang sudah meninggal dunia?
Korban dan aqiqah hanya boleh dibuat untuk orang Islam yang masih hidup. Oleh itu, tidak boleh mengerjakan ibadah korban untuk yang sudah meninggal dunia. Adalah lebih baik berdoa, membaca Al-Quran atau bersedekah atas nama mereka yang sudah tiada dan berharap agar pahala ibadah-ibadah tersebut sampai kepada mereka.

Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin
11. Bagaimanakah caranya melakukan ibadah korban buat ahli keluarga yang masih hidup?
Cara melakukan korban untuk ahli keluarga yang masih hidup adalah dengan memberikan mereka wang untuk membeli kambing korban ataupun untuk membelikan lembu korban untuk mereka. Walaubagaimanapun, izin mereka haruslah diminta dahulu. Apabila waktu korban telah tiba, tukang sembelih akan menyebut nama mereka yang melakukan ibadah.

12. Perlukah seseorang itu menunggu sehingga segala hutangnya diselesaikan sebelum melaksanakan ibadah korban?
Sekiranya hutang tersebut ada tempoh untuk membayar dan kita yakin bahawa kita mampu membayar kembali hutang itu, maka itu tidak menghalang kita dari melakukan ibadah korban. Sayugia diingatkan disini bahawa hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat dan bukanlah wajb, maka jika melaksanakan ibadah korban akan membebankan seseorang itu, maka tidak mengapa jika tidak melaksanakannya.

13. Kepada siapakah daging korban harus diagihkan?
Daging korban dibahagikan kepada tiga: 1) Sepertiga untuk fakir miskin.2) Sepertiga untuk ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat-handai walaupun mereka tidak mengharapkannya.3) Sepertiga untuk diri sendiri, dan bahagian ini boleh dimakan atau diberikan kepada orang bukan Islam. Walau bagaimanapun, jika ia merupakan korban wajib seperti nazar, maka yang membuat korban itu tidak boleh mengambil daging tersebut.

14. Bolehkah daging korban diberikan kepada orang bukan Islam?
Korban merupakan satu ibadat yang mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t. Sebahagian ulama mengkhususkan pembahagian tersebut hanya kepada orang Islam sahaja demi memelihara dan menjaga ibadat tersebut. Namun ianya tidak menjadi satu kesalahan jika daging korban yang telah dimiliki seseorang melalui pembahagian daging tersebut diberikan kepada teman atau jirannya yang bukan Islam. Hal ini sesuai dengan konteks masyarakat majmuk negara ini yang bergaul sesama masyarakat bukan Islam.

15. Bagaimanakah seseorang itu menerangkan tentang ibadah korban kepada mereka yang menganggapnya sebagai kezaliman keatas haiwan?
Jika tujuannya untuk membantu fakir miskin, bukankah pilihan lain lebih bersesuaian?
Perkataan Korban berasal dari perkataan “qaraba” yang bermaksud mendekati dan dalam konteks ibadah korban pula, bermaksud mendekati Allah dengan mengikut perintahNya agar mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dengan pemberian daging korban atau amalan-amalan yang lain.
Perkara ini mungkin tidak boleh diterima oleh ahli vegetarian, penyayang haiwan dan kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan yang menentang segala kekejaman terhadap haiwan. Walaupun pandangan golongan ini harus dihormati dan difahami, keperluan dan amalan golongan yang memakan daging (maserba) yang bersifat majoriti harus diambil kira juga.
Islam membenarkan manusia memakan daging dan sayuran kerana ia akur bahawa manusia secara semulajadi termasuk dalam golongan pemakan daging (maserba) dan mempunyai kedua-dua jenis gigi untuk memakan daging dan sayuran iaitu molars dan canine.
Akan tetapi, kebenaran ini datang dengan beberapa syarat dan syarat terpenting adalah larangan keatas segala kezaliman atau kekejaman ke atas haiwan. Ia juga melarang segala penganiayaan terhadap tumbuh-tumbuhan dan bumi kita.Sehubungan dengan soalan diatas, sayugia diterangkan disini bahawa walaupun Islam membenarkan manusia memakan daging, ia tidak bermaksud bahawa mereka boleh memakan apa sahaja yang diingini dan seberapa banyak yang diingini .
Islam telah memberi garis panduan tentang haiwan manakah yang boleh dimakan (halal) dan manakah yang dilarang (haram). Hanya haiwan pemakan sayuran atau tumbuhan (herbivores) adalah halal dimakan. Akan tetapi, memakan daging haiwan yang eksotik tidak digalakkan kerana tujuan asas memakan adalah untuk terus hidup dan bukan sebaliknya.
Tidak perlu untuk memakan daging haiwan seperti zirafah dan kuda belang kerana haiwan yang dibela jinak seperti kambing, lembu dan ayam lebih dari cukup.Islam melarang pembunuhan segala jenis haiwan yang tidak bermoral. Haiwan harus dibunuh dalam dua keadaan sahaja. Pertama, apabila ia membahayakan nyawa manusia. Dan kedua, apabila datangnya keperluan untuk memakan daging haiwan.
Dalam hal ini, Islam telah menetapkan cara yang terbaik yang penuh belas kasihan untuk mengambil nyawa haiwan. Sebagaimana yang dikatakan di Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah memutuskan bahawa segala amalan harus dilakukan dengan belas kasihan. Jikalau seseorang itu harus membunuh seseorang (didalam peperangan atau sebagai hukuman mati) bunuhlah ia dengan belas kasihan.
Dan jikalau seseorang itu menyembelih seekor haiwan, sembelihlah ia dengan belas kasihan. Asahlah pisau yang digunakan dan izinkanlah haiwan itu berehat sebanyak mungkin.”Dengan itu, sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Islam untuk mengasah pisau sebelum menyembelih. Pisau yang tajam akan memastikan pemotongan yang cepat dan bersih di saluran nafas dan saluran makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan haiwan itu mati dengan serta-merta dan mengelakkan ia dari rasa terseksa. Haiwan itu juga harus dilindungi dari mana-mana tekanan, seperti mengasah pisau didepan haiwan tersebut.
Menurut cara penyembelihan Islam, kedua-dua urat saraf utama si haiwan itu harus dipotong tanpa memenggalkan kepalanya. Pemotongan kedua-dua urat tersebut akan menyebabkan kehilangan darah yang amat banyak di jantung dan otak dalam waktu yang singkat dan seterusnya menyebabkan penutupan kedua-dua organ tersebut secara serta-merta. Dan ini akan memastikan kematian yang cepat dan tidak menyakitkan.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Hanover di Germany telah membuktikan bahawa cara penyembelihan Islam akan memastikan bahawa haiwan yang disembelih itu akan mati hanya 6 saat selepas pemotongan. Memang terdapat banyak pilihan atau alternatif yang lain untuk membantu golongan fakir dan miskin. Satu contoh ialah dengan memberi sedekah atau dengan memberi mereka makanan.
Memandangkan bahawa kebanyakan dari mereka bukan dari golongan vegetarian, memberi mereka daging adalah sesuatu yang mereka amat menghargai kerana sayur-sayuran agak mudah didapati kerana harganya yang murah akan tetapi daging bukanlah sesuatu yang mereka mampu untuk membeli. Kekejaman terhadap haiwan yang dilakukan segolongan manusia, samada Islam atau bukan Islam, tidak patut menghalang seseorang itu dari memahami matlamat dan hikmah sebenar di sebalik ibadah Korban dan cara Islam yang penuh belas kasihan dalam menangani isu kekejaman terhadap binatang.

16. Mengapakah umat Islam menyambut Hari Raya Haji?
Islam telah menetapkan dua sambutan agama bagi umatnya iaitu; Hari Raya Puasa (Eid Al-Fitri) dan Hari Raya Haji (Eid Al-Adha). Sambutan Hari Raya Haji adalah sempena peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. mengenai ujian yang diturunkan Allah s.w.t kepada mereka.“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.” (Qur'an 16:120-121)

SOALAN YANG MENJADI PERBAHASAN!!

Bolehkah berkorban bagi pihak orang yang telah mati?

Jawapan ulamak:
Ibadah korban ialah ibadah menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, dan kambing pada hari raya `idil Adha dan tiga hari Tasyriq kerana Allah. Berkorban hokumnya sunnat muakkadah. Ini berdasarkan firman Allah:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: ?i>maka hendaklah kamu kerjakan solat untuk Tuhanmu dan menyembelihlah?
(al-QurAn, al-Kauthar; 2).
Juga berdasarkan hadis Tirmizi:
أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْMakusdnya: Aku diarahkan untuk menyembelih sedangkan ia sunat bagi kamu?

Berkorban adalah satu syiar yang mesti dizahirkan terutama oleh orang berkemampuan hinggakan Imam Malik berpandangan ianya wajib.

Menyembelih adalah Sunnat Kifayah bagi sebuah keluarga. Maksud Sunnat Kifayah ialah apabila salah seorang ahli keluarga melakukannya semua ahli keluarga mendapat pahala.

Malah kerajaan juga sunat berkorban bagi pihak orang Islam menggunakan harta Bait Mal.

Adapun berkorban bagi pihak si mati ia menjadi khilaf di kalangan ulama berdasarkan khilaf mereka tentang amalan si hidup adakah memberi manfaat kepada si mati. Pandangan yang shah (paling tepat) dalam mazhab Syafie ialah tidak harus melainkan dengan wasiat daripada si mati. Wallahua`lam

Moga apa yang dibincangkan ini dapat memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan kita mengenai ibadah tahunan yang kita lakukan setiap tahun. Segala kesilapan atau salah faham mengenai ibadah korban yang kita lakukan sebelum ini, sama-samalah kita perbetulkan dan mohon keampunan kepada Allah SWT.
Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

Bahagian 1: Ibadah Qurban dan Kaifiatnya

Ibadah Qurban dan Kaifiatnya

Assalamualaikum...

Kami ingin berkongsi serba sedikit tentang Ibadah Qurban dan kaifiatnya. Ini adalah sebagai pengingat kepada kami sendiri dan kepada seluruh umat islam khususnya di Malaysia tentang maksud, tatacara dan hukum yang berkaitan yang mungkin kita terlupa. Mohon pencerahan daripada ahli-ahli agama yang lebih fasih jika terdapat khilaf daripada post ini. InsyaAllah.

Tafsiran QURBAN
Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an'am yang disembelih pada hari Nahar dengan tujuan bertaqarrub kepada Allah.

Terdapat dua jenis Qurban:
  • Qurban Nazar - iaitu qurban yang wajib bagi individu yang berazam untuk melakukan qurban nazar
  • Qurban Sunat - iaitu qurban bukan niat bernazar. Ia dikira sunat kerana tidak ada sebab mewajibkannya
Hukum ibadah Qurban ialah Sunat Muakkad. 

Dalil pensyariatan ibadah qurban adalah berasaskan kepada al-Quran merujuk kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36 dan surah al-Saafat ayat 107. Manakala dalil pensyariatan berasaskan Sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim. Menurut pandangan jumhur ulama hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat (sunat muakkadah) bagi individu yang berkemampuan. Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ’ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Menurut pandangan yang masyhur di kalangan ulama mazhab Maliki adalah makruh meninggalkannya bagi mereka yang mampu. Manakala bagi mereka yang berniat untuk melakukan qurban nazar maka hukum melaksanakannya adalah wajib.

Hukum Daging Qurban
  • Ditegah memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagai mana juga ditegah memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam.
  • Manakala hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam, para ulama memberi padangan yang berbeza-beza.
Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada wajib atau sunat.
Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban.
Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat (tatawu’)memakan daging qurbannya.

Pembahagian daging qurban sunat ada beberapa cara iaitu:

(a) Menurut pandangan ulama mazhab Hanafi dan Hanbali23 daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan kepada hadith Ibn Abbas seperti yang berikut:

1/3 - untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan
ahli keluarganya.
1/3 - untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin.
1/3 - untuk dihadiahkan kepada sahabat handai
termasuk orang kaya atau jiran-jiran atau saudaranya.

Kami juga membekalkan baka-baka kambing yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

Perihal Aqiqah & Qurban

FADHILAT QURBAN & AQIQAH


Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang kurang kefahaman mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan Qurban dan Aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? 
Apakah hukum melakukannya?  
Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita?  
Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? 
Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? 
Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah Qurban dan Aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.




PENYEMBELIHAN QURBAN

Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 

Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."
-(surah al-Haj:36)-
 "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."
-(Surah al-Kauthar:2)-
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
-(Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)-
Zaid bin Arqam berkata:
"Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula?Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."
-(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)-

HUKUM BERQURBAN

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
 "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau."
-(Riwayat al-Turmuzi)-
 "Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu."
-(Riwayat Daruqutni)-
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud: 
"Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya."
-(Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)-

PERLAKSANAAN QURBAN
  • Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
  1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
  2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
  3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda  Rasullullah s.a.w: 
     "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: 
    "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
 Jika anda ingin mendapatkan bekalan ternakan Qurban yang sihat dan segar, bolehlah hubungi Admin blog
-Admin-


AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: 
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
-(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)-
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis."
-(Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)-
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH
  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  • Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
  • Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  • Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
  • Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
  • Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)."Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."   (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
  • Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
  • Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
  • Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
  • Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
  • Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
  • Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.
     Jika anda ingin mendapatkan bekalan ternakan Aqiqah yang sihat dan segar, bolehlah hubungi Admin blog
    -Admin-
QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
  • Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
  • Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
  • Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).
Jika anda berminat untuk memiliki blog seumpama ini, bolehlah berhubung dengan Admin
-Klik Sini-

Kambing Yang Dimandulkan & Dibuang Batunya


Kambing Yang Dimandulkan & Dibuang Batunya

Soalan, 
  1. Boleh kah kambing jantan yang cukup umur dan sihat tubuh badan tetapi telah dimandulkan @ dibuang batunya untuk dijadikan haiwan untuk mengerjakan ibadat akikah?
  2. Adakah kambing untuk dijadikan korban akikah semestinya kambing jantan? 
  3. Jika kambing betina dibolehkan untuk dijadikan haiwan korban akikah, apakah syarat2 yang membolehkan kambing betina itu dikorbankan? 
  4. Bolehkah perkiraan umur kambing untuk dijadikan kambing akikah berdasarkan penelitian pada gigi kambing? 
  5. Apakah syarat sebenar untuk haiwan dijadikan haiwan akikah?.

Jawapan,
  1. Kambing yang telah dimandulkan boleh dijadikan haiwan untuk dibuat akikah. Manakala kambing yang dibuang batunya sekiranya tidak mengurangkan jumlah dagingnya, maka ia dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan akikah sama seperti kambing yang dibuang tanduknya, kukunya, dicukur bulunya dan sebagainya. 
  2. Tidak semestinya kambing jantan, Namun lebih afdal menggunakan kambing jantan yang sihat dan tiada kecacatan langsung di samping mempunyai daging yang banyak. 
  3. Kambing betina boleh juga dibuat korban atau dibuat akikah sama seperti kambing jantan, syaratnya kambing itu cukup umur (2 tahun setengah), tidak cacat dan hak milik yang sah. 
  4. Boleh berbuat demikian ia bermaksud kambing tersebut sudah bersalin gigi yang menandakan cukup umur. 
  5. Haiwan yang dijadikan akikah ialah haiwan ternakan yang berkaki empat yang paling besarnya adalah unta dan yang terkecilnya adalah kambing (tidak boleh dikorbankan arnab. landak, pelanduk, kancil dan sebagainya)
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat tentang ternakan kambing bolehlah hubungi Admin
-Admin-

Hukum Kambing Yang Dikontotkan Ekornya & Dikembirikan


Apakah hukumnya kambing korban yang dikontotkan ekornya?
Menurut hukum agama tidak sah membuat korban dengan binatang-binatang yang cacat iaitu dari apa yang diterangkan oleh hadis Nabi s.a.w. ertinya:
"Tidak sah membuat korban binatang-binatang yang nyata butanya, yang nyata mengidap penyakit, yang nyata tempangnya, dan yang kurus kering"
Hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah dengan sanad yang disahkan oleh Tirmizi.
Ulama fiqh telah menyebutkan bahawa selain daripada jenis-jenis cacat yang disebutkan oleh hadis tadi termasuk juga sebarang kecacatan lain seperti gila, buta, terlalu tua, terpotong telinganya atau pada umumnya sebarang cacat yang mengurangkan daging binatang korban itu. Singapura adalah sebuah negara yang tidak mempunyai sumber binatang ternak yang sah dibuat korban iaitu unta, lembu atau kambing. Binatang korban yang banyak sekali dibawa masuk ke Singapura ialah kambing. Negara pembekal utama kambing ini ialah Australia. Jarang pula dilaporkan kambing-kambing hidup dibawa masuk dari New Zealand. Sejak dahulu lagi tidak diketahui bahawa kambing-kambing ini telah dipotong ekornya. Maka sekarang timbul pertanyaan adakah kambing-kambing yang telah dipotong ekornya dianggap cacat dan adakah amalan korban yang telah dibuat pada tahun-tahun yang telah lepas tidak sah?
Kami juga membekalkan baka kambing dan lembu untuk ternakan dan peliharaan
-Jika bercadang untuk menternak hubungi Admin, bagi khidmat nasihat-

Jawatankuasa Fatwa MUIS yang membahaskan perkara ini berpendapat bahawa ibadat korban yang telah dibuat dengan kambing-kambing yang sedemikian rupa tetap sah, dan insya-Allah terkabul di sisi Allah Taala kerana ianya didasarkan bahawa binatang-binatang itu memang tidak cacat pada hakikatnya, khususnya cacat-cacat yang disebutkan di dalam hadis Nabi tadi tidak terdapat pada binatang-binatang ini. Pemotongan ekor-ekor kambing yang dibawa masuk dari Australia atau New Zealand itu sebenarnya telah dilakukan sewaktu kambing-kambing itu masih kecil lagi oleh sebab-sebab kesihatan. Menurut penyelidikan, telah didapati bahawa di Australia dan New Zealand ada sejenis langau yang lazimnya hinggap di bahagian ekor-ekor kambing yang telah besar dan menyedut lemak yang ada di ekor kambing-kambing ini. 

Langau-langau ini akan bertelor dan membiak di situ sehingga mengakibatkan kudis dan mungkin membawa kesan yang sangat buruk kepada kambing-kambing itu dan seterusnya membawa bahaya kepada kesihatannya. Oleh yang demikian, ekor kambing-kambing itu dipotong untuk menolak bencana tersebut. Amalan memotong ekor kambing-kambing kibasy ini pernah dijalankan pada zaman dahulu lagi iaitu pada zaman Imam Ramli kira-kira kurun sepuluh Hijrah dahulu. Beliau pernah ditanya tentang hukumnya sebagaimana yang tersebut dalam Kitab Fatawa Alkubra Alfiqhiyah oleh Ibn Hajar di Juz 4 muka surat 67 di bahagian tepi. 

(Babul Udhiyah). ertinya: "Telah menjadi kebiasaan pada zaman kita ini dipotong sebahagian daripada ekor kambing korban; dan sebahagian orang menyangka bahawa pemotongan itu akan menyebabkan kambing-kambing itu gemuk sama ada ekor itu tidak lagi menjejak ke tanah atau tidak ataupun memberi kesan kambing itu akan menjadi gemuk atau tidak. Adakah sah kambing seperti ini dijadikan korban?" 
Jawab beliau adalah "Sah amalan korban dengan binatang yang dipotong sebahagian ekornya kerana pemotongan itu biasanya adalah sebahagian kecil daripada anggota yang besar terutama sekali tujuan pemotongan itu untuk membolehkan kambing-kambing itu membesar, maka perbuatan itu adalah sama dengan memotong pelirnya (dikembirikan supaya menjadi gemuk). " 

Memandangkan kepada pemotongan sebahagian kecil daripada ekor itu bukanlah dikira cacat yang disebutkan dalam hadis Nabi tadi bahkan sebaliknya untuk menggemukkan dan mencegah dari terkena penyakit yang boleh menjadikannya cacat (kudis), maka Jawatankuasa Fatwa Muis berpendapat bahawa kambing-kambing yang dikontotkan ekornya atau dikembirikan itu sah dibuat ibadat korban dan aqiqah. 
Ini juga adalah kerana di negara kita tidak terdapat kambing-kambing lain yang boleh menggantikannya, dan supaya tidak tergendala syariat agama yang sangat digalakkan iaitu ibadat korban dan juga ibadat aqiqah.
Jika anda berminat untuk memiliki blog seumpama ini serta khidmat pemasaran ternakan anda boleh hubungi kami
-Klik Sini-
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Templete Lama - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger