Soal jawab berkaitan Korban dan Aqiqah
1. Apakah bezanya Korban dan Aqiqah?
Korban hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Haji
dan 3 hari selepasnya. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah
dengan memberi daging kepada orang miskin dan ahli keluarga serta
sahabat handai. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Tiada seorang dari
kamu harus melakukan korban sehinggalah kamu telah melakukan solat
(Eid)”.
Aqiqah adalah ibadat yang dilakukan bagi anak yang baru lahir. Ia boleh
dilakukan pada bila-bila masa sehingga anak itu baligh. Nabi Muhammad
s.a.w telah bersabda: “Seorang anak lelaki sedang diikrarkan untuk
aqiqah, ia dilakukan pada hari ketujuh, rambutnya dicukur dan dia diberi
nama.” Kedua-dua ibadat ini adalah sunat.
Aqiqah boleh dilakukan untuk anak selagi mana anak itu belum baligh.
Jika anak itu sudah baligh, maka adalah lebih baik dilakukan ibadat
korban.
Aqiqah boleh dilakukan bila-bila masa, tetapi korban hanya boleh dilakukan pada hari-hari tertentu sahaja dalam bulan Zulhijjah.
3. Bilakah waktu yang paling sesuai untuk aqiqah, cukur rambut dan khatan untuk bayi yang baru lahir?
Adalah sunat untuk dilakukan aqiqah dan cukur rambut pada hari ketujuh
selepas kelahiran anak itu. Maka, adalah baik didahulukan cukur rambut
pada hari ketujuh. Kemudian apabila ada kesempatan, seperti pada Hari
Raya Haji, lakukan aqiqah anak itu. Tempoh aqiqah adalah sehingga anak
itu baligh. Khatan pula baik dilakukan ketika anak masih kecil agar ia
tidak ingat kesakitan yang dilaluinya. Namun, tidak mengapa ia
ditangguhkan sehingga anak itu besar.
Aqiqah hanya digalakkan setelah seorang anak itu lahir,
sebaiknya 7 hari selepas kelahirannya. Jika pada waktu itu kedua ibu
dan bapa anak itu tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah, bolehlah
ditangguhkan sehingga mereka mampu. Aqiqah boleh dilakukan sehingga
anak itu belum mencapai usia baligh.
Adalah sunat bagi melaksanakan aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor
kambing jika mampu. Namun, jika tidak, seekor pun memadai. Rasulullah
s.a.w telah bersabda: “Dua ekor kambing yang menyerupai (dalam usianya)
disembelih untuk seorang lelaki dan seekor untuk seorang perempuan.”
Dibolehkan melakukan aqiqah untuk seorang bayi/kanak-kanak oleh seorang
selain dari ibu bapanya lebib-lebih lagi orang yang menjaga bayi atau
kanak-kanak itu. Ia sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas
lahirnya bayi tersebut.
Aqiqah boleh dilaksanakan untuk anak kandung dan juga anak angkat. Ia
sebaik-baiknya adalah pada hari yang ketujuh selepas kelahiran bayi.
Seekor lembu boleh disembelih atas 7 nama, tidak kira samada ia
merupakan 7 individu, atau beberapa individu. Disunatkan bagi binatang
yang diaqiqahkan agar tidak dipecahkan tulang-tulangnya. Dagingnya pula
dibahagikan seperti berikut: sepertiga untuk fakir miskin, sepertiga
untuk keluarga dan sahabat handai, dan sepertiga lagi untuk anda
sekeluarga.
9. Adakah boleh melakukan aqiqah untuk anak di luar negara, kerana di Malaysia ia kebanyakannya dilakukan di hari raya Aidiladha saja?
Aqiqah boleh dilakukan di mana sahaja, tidak kira dalam negara atau luar
negara, tidak kira samada disaksikan oleh orang yang lakukan aqiqah
tersebut atau tidak. Selagi mana sewaktu membeli kambing tersebut ia
telah jatuhkan niat sebagai aqiqah dan tukang sembelih berniatkan aqiqah
ketika sembelih, maka aqiqah tersebut adalah sah.
Korban dan aqiqah hanya boleh dibuat untuk orang Islam yang masih hidup.
Oleh itu, tidak boleh mengerjakan ibadah korban untuk yang sudah
meninggal dunia. Adalah lebih baik berdoa, membaca Al-Quran atau
bersedekah atas nama mereka yang sudah tiada dan berharap agar pahala
ibadah-ibadah tersebut sampai kepada mereka.
Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin11. Bagaimanakah caranya melakukan ibadah korban buat ahli keluarga yang masih hidup?
-Admin
Cara melakukan korban untuk ahli keluarga yang masih hidup adalah dengan
memberikan mereka wang untuk membeli kambing korban ataupun untuk
membelikan lembu korban untuk mereka. Walaubagaimanapun, izin mereka
haruslah diminta dahulu. Apabila waktu korban telah tiba, tukang
sembelih akan menyebut nama mereka yang melakukan ibadah.
12. Perlukah seseorang itu menunggu sehingga segala hutangnya diselesaikan sebelum melaksanakan ibadah korban?
Sekiranya hutang tersebut ada tempoh untuk membayar dan kita yakin
bahawa kita mampu membayar kembali hutang itu, maka itu tidak menghalang
kita dari melakukan ibadah korban. Sayugia diingatkan disini bahawa
hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat dan bukanlah wajb, maka
jika melaksanakan ibadah korban akan membebankan seseorang itu, maka
tidak mengapa jika tidak melaksanakannya.
Daging korban dibahagikan kepada tiga: 1) Sepertiga untuk fakir
miskin.2) Sepertiga untuk ahli keluarga, sanak saudara dan
sahabat-handai walaupun mereka tidak mengharapkannya.3) Sepertiga untuk
diri sendiri, dan bahagian ini boleh dimakan atau diberikan kepada orang
bukan Islam. Walau bagaimanapun, jika ia merupakan korban wajib seperti
nazar, maka yang membuat korban itu tidak boleh mengambil daging
tersebut.
Korban merupakan satu ibadat yang mendekatkan diri seseorang kepada
Allah s.w.t. Sebahagian ulama mengkhususkan pembahagian tersebut hanya
kepada orang Islam sahaja demi memelihara dan menjaga ibadat tersebut.
Namun ianya tidak menjadi satu kesalahan jika daging korban yang telah
dimiliki seseorang melalui pembahagian daging tersebut diberikan kepada
teman atau jirannya yang bukan Islam. Hal ini sesuai dengan konteks
masyarakat majmuk negara ini yang bergaul sesama masyarakat bukan Islam.
15. Bagaimanakah seseorang itu menerangkan tentang ibadah korban kepada mereka yang menganggapnya sebagai kezaliman keatas haiwan?
Jika tujuannya untuk membantu fakir miskin, bukankah pilihan lain lebih bersesuaian?
Perkataan Korban berasal dari perkataan “qaraba”
yang bermaksud mendekati dan dalam konteks ibadah korban pula,
bermaksud mendekati Allah dengan mengikut perintahNya agar mengeratkan
silaturrahim antara satu sama lain dengan pemberian daging korban atau
amalan-amalan yang lain.
Perkara ini mungkin tidak boleh diterima oleh ahli vegetarian, penyayang
haiwan dan kumpulan-kumpulan hak asasi haiwan yang menentang segala
kekejaman terhadap haiwan. Walaupun pandangan golongan ini harus
dihormati dan difahami, keperluan dan amalan golongan yang memakan
daging (maserba) yang bersifat majoriti harus diambil kira juga.
Islam membenarkan manusia memakan daging dan sayuran kerana ia akur
bahawa manusia secara semulajadi termasuk dalam golongan pemakan daging
(maserba) dan mempunyai kedua-dua jenis gigi untuk memakan daging dan
sayuran iaitu molars dan canine.
Akan tetapi, kebenaran ini datang dengan beberapa syarat dan syarat
terpenting adalah larangan keatas segala kezaliman atau kekejaman ke
atas haiwan. Ia juga melarang segala penganiayaan terhadap
tumbuh-tumbuhan dan bumi kita.Sehubungan dengan soalan diatas, sayugia
diterangkan disini bahawa walaupun Islam membenarkan manusia memakan
daging, ia tidak bermaksud bahawa mereka boleh memakan apa sahaja yang
diingini dan seberapa banyak yang diingini .
Islam telah memberi garis panduan tentang haiwan manakah yang boleh
dimakan (halal) dan manakah yang dilarang (haram). Hanya haiwan pemakan
sayuran atau tumbuhan (herbivores) adalah halal dimakan. Akan tetapi,
memakan daging haiwan yang eksotik tidak digalakkan kerana tujuan asas
memakan adalah untuk terus hidup dan bukan sebaliknya.
Tidak perlu untuk memakan daging haiwan seperti zirafah dan kuda belang
kerana haiwan yang dibela jinak seperti kambing, lembu dan ayam lebih
dari cukup.Islam melarang pembunuhan segala jenis haiwan yang tidak
bermoral. Haiwan harus dibunuh dalam dua keadaan sahaja. Pertama,
apabila ia membahayakan nyawa manusia. Dan kedua, apabila datangnya
keperluan untuk memakan daging haiwan.
Dalam hal ini, Islam telah menetapkan cara yang terbaik yang penuh belas
kasihan untuk mengambil nyawa haiwan. Sebagaimana yang dikatakan di
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah s.w.t telah
memutuskan bahawa segala amalan harus dilakukan dengan belas kasihan.
Jikalau seseorang itu harus membunuh seseorang (didalam peperangan atau
sebagai hukuman mati) bunuhlah ia dengan belas kasihan.
Dan jikalau seseorang itu menyembelih seekor haiwan, sembelihlah ia
dengan belas kasihan. Asahlah pisau yang digunakan dan izinkanlah haiwan
itu berehat sebanyak mungkin.”Dengan itu, sudah menjadi kebiasaan bagi
orang-orang Islam untuk mengasah pisau sebelum menyembelih. Pisau yang
tajam akan memastikan pemotongan yang cepat dan bersih di saluran nafas
dan saluran makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan haiwan itu mati
dengan serta-merta dan mengelakkan ia dari rasa terseksa. Haiwan itu
juga harus dilindungi dari mana-mana tekanan, seperti mengasah pisau
didepan haiwan tersebut.
Menurut cara penyembelihan Islam, kedua-dua urat saraf utama si haiwan
itu harus dipotong tanpa memenggalkan kepalanya. Pemotongan kedua-dua
urat tersebut akan menyebabkan kehilangan darah yang amat banyak di
jantung dan otak dalam waktu yang singkat dan seterusnya menyebabkan
penutupan kedua-dua organ tersebut secara serta-merta. Dan ini akan
memastikan kematian yang cepat dan tidak menyakitkan.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti Hanover di Germany telah
membuktikan bahawa cara penyembelihan Islam akan memastikan bahawa
haiwan yang disembelih itu akan mati hanya 6 saat selepas pemotongan.
Memang terdapat banyak pilihan atau alternatif yang lain untuk membantu
golongan fakir dan miskin. Satu contoh ialah dengan memberi sedekah atau
dengan memberi mereka makanan.
Memandangkan bahawa kebanyakan dari mereka bukan dari golongan
vegetarian, memberi mereka daging adalah sesuatu yang mereka amat
menghargai kerana sayur-sayuran agak mudah didapati kerana harganya yang
murah akan tetapi daging bukanlah sesuatu yang mereka mampu untuk
membeli. Kekejaman terhadap haiwan yang dilakukan segolongan manusia,
samada Islam atau bukan Islam, tidak patut menghalang seseorang itu dari
memahami matlamat dan hikmah sebenar di sebalik ibadah Korban dan cara
Islam yang penuh belas kasihan dalam menangani isu kekejaman terhadap
binatang.
Islam telah menetapkan dua sambutan agama bagi umatnya iaitu; Hari Raya
Puasa (Eid Al-Fitri) dan Hari Raya Haji (Eid Al-Adha). Sambutan Hari
Raya Haji adalah sempena peristiwa yang berlaku antara Nabi Ibrahim a.s.
dan Nabi Ismail a.s. mengenai ujian yang diturunkan Allah s.w.t kepada
mereka.“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun
Ia seorang diri); ia taat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh
di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang
musyrik. Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah
memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke
jalan yang lurus.” (Qur'an 16:120-121)
SOALAN YANG MENJADI PERBAHASAN!!
Bolehkah berkorban bagi pihak orang yang telah mati?
Jawapan ulamak:
Ibadah korban ialah
ibadah menyembelih binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau, dan
kambing pada hari raya `idil Adha dan tiga hari Tasyriq kerana Allah.
Berkorban hokumnya sunnat muakkadah. Ini berdasarkan firman Allah:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: ?i>maka hendaklah kamu kerjakan solat untuk Tuhanmu dan menyembelihlah?
(al-QurAn, al-Kauthar; 2).
Juga berdasarkan hadis Tirmizi:
أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْMakusdnya: Aku diarahkan untuk menyembelih sedangkan ia sunat bagi kamu?
(al-QurAn, al-Kauthar; 2).
Juga berdasarkan hadis Tirmizi:
أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْMakusdnya: Aku diarahkan untuk menyembelih sedangkan ia sunat bagi kamu?
Berkorban adalah satu syiar yang mesti dizahirkan terutama oleh orang berkemampuan hinggakan Imam Malik berpandangan ianya wajib.
Menyembelih adalah Sunnat Kifayah bagi sebuah keluarga. Maksud Sunnat Kifayah ialah apabila salah seorang ahli keluarga melakukannya semua ahli keluarga mendapat pahala.
Malah kerajaan juga sunat berkorban bagi pihak orang Islam menggunakan harta Bait Mal.
Adapun berkorban bagi pihak si mati ia menjadi khilaf di kalangan ulama berdasarkan khilaf mereka tentang amalan si hidup adakah memberi manfaat kepada si mati. Pandangan yang shah (paling tepat) dalam mazhab Syafie ialah tidak harus melainkan dengan wasiat daripada si mati. Wallahua`lam
Moga apa yang dibincangkan ini dapat memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan kita mengenai ibadah tahunan yang kita lakukan setiap tahun. Segala kesilapan atau salah faham mengenai ibadah korban yang kita lakukan sebelum ini, sama-samalah kita perbetulkan dan mohon keampunan kepada Allah SWT.
Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin

0 comments:
Post a Comment