Kenali Kambing Aqiqah Anda

Assalamualaikum
Ada pepatah mengatakan bahawa "Tak kenal maka tak cinta". Sambil-sambil
kami berurusniaga dengan para pelanggan kami, kami turut melakukan
kajian tentang kefahaman terhadap kambing. Rata-rata rakyat Malaysia
masih belum mengetahui atau tersalah tafsir tentang kambing dan
spesisnya. Disini kami bukan sekadar menyediakan kambing dan lembu untuk
aqiqah sahaja, tetapi kami sangat gembira untuk berkongsi sedikit ilmu
yang Allah kurniakan kepada umum. Mudah-mudahan, yang sedikit itulah
menjadi asbab keredhaan Allah daripada banyak ilmu tetapi tidak ada amal
dan dakwah.
Nama saintifik bagi kambing adalah Capra aegagrus hircus. Kambing adalah daripada kelas mamalia dan berdarah panas. Di negara kita Malaysia, kambing hidup di seluruh kawasan di Malaysia dan kebanyakannya diternak. Selain daripada Malaysia, negara-negara seperti Australia, Indonesia, Filipina dan beberapa buah negara di dunia lagi adalah antara pengeksport kambing yang utama dan mempunyai populasi kambing dan biri-biri yang besar. Kebanyakannya diternak secara komersil untuk pasaran global. Namun, ada juga spesis kambing liar yang hidup di kawasan gurun dan berbukit. Maha Suci Allah yang tersangat hebat penciptaanNYA, kambing-kambing di kawasan-kawasan gurun dan bukit telah belajar cara hidup 'survival' untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lihat gambar di bawah:
![]() |
| kambing panjat pokok |
![]() |
| kambing panjat tembok |
Kambing merupakan haiwan pemakan dedaun.
Makanan utama kambing adalah rumput, kekacang, daun-daun dan pucuk
pokok. Seekor kambing dewasa memerlukan 4 - 5 kg rumput segar sehari.
Penjagaan makanan yang betul perlulah diberikan, ia kerana kebanyakan
penyakit yang menghidap pada kambing adalah berpunca daripada makanannya
sendiri.
Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.
Oleh yang demikian, pemberian makanan yang seimbang perlulah difahami agar kesihatan dan kecergasan kambing dapat sentiasa dikekalkan. Jenis-jenis makanan yang boleh diberikan perlulah dirujuk terlebih dahulu dengan penternak yang telah sedia ada. Ia kerana, makanan yang diberikan oleh setiap penternak dan kandang adalah berbeza.
bersambung......
Kami juga membekalkan bekalan daging Qurban dan Aqiqah yang berkualiti, dan khidmat nasihat untuk ternakan, untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi admin
-Admin


0 comments:
Post a Comment